Friday, October 15, 2010

Mencari Dinamik Politik Kampus

Ayat Tesis
Langkah untuk mencari dan membangunkan kedinamikan politik di kampus yang mempunyai potensi yang lebih besar.

Ayat Topik
-Pilihan MPP yang dijalankan di universiti perlu melaksanakan e-undi iaitu menggunakan teknologi dan ledakan maklumat.
-Bersedia untuk menerima mana-mana memoradum daripada pelajar asalkan dikemukakan dengan tertib dan aman.
-Dilarang melabelkan calon bertanding dalam pemilihan MPP, tidak wajar diteruskan dan tidak melambangkan semangat 1Malaysia.

Perenggan Deduktif
Larangan melebelkan calon yang bertanding dalam pemilihan MPP yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri. Beliau kata perlu pastikan label seperti ini tidak wajar diteruskan. Selain itu, perpaduan di kalangan pelajar wajar diperbaiki dan berbezaan pandangan perlu diraikan kerana ia akan mengakibatkan pertikaian. Ahli MPP yang berjaya diamanahkan perlu kepercayaan sebagai satu taktif iaitu bertanggungjawab diperlukan bukanlah alasan untuk kepentingan diri peribadi.

Perenggan Pengenalan
Menggunakan Penglibatan Pembaca
-sudah tiba masa perjuangan dan gerakan pelajar wajar disorot melampaui horizon pemilihan MPP. Jika ia berlaku, kita mampu membangunkan kedinamikan politik kampus yang mempunyai potensi lebih besar. Mungkin ini merupakan satu inovasi yang perlu dilaksanakan?

Perenggan Penutup
-pada mereka yang kurang bernasib baik, kegagalan menjadi ahli MPP bukanlah penutup kepada perjuangan untuk membela kebajikan pelajar atau apa juga yang terkandung dalam manifesto. Tanpa jawatan, mereka juga boleh menyumbangkan terhadap universiti.

Perenggan Transisi
-tidak terdapat perenggan transisi dalam petikan.

Perenggan Dialog
-“saya pastikan label seperti ini tidak wajar diteruskan apatah lagi calon yang bertanding adalah atas tiket individu”. Ia juga tidak melambangkan semangat 1 Malaysia seperti yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Rajak.

Ciri-ciri Perenggan Yang Baik
i) Kesempurnaan
-pemilihan MPP ini juga memperlihatkan pengalaman baru bagi sesetengah kampus seperti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) apabila kali kedua melaksanakannya sejak ia diperkenalkan tahun lalu.

ii) Kepautan
-Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara.

iii) Kesatuan
-seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam ‘gedung ilmu’.

Teknik Menstrukturkan Idea
i) Contoh dan Ilutrasi
-pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman.

ii) Teknik Proses
-kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang wajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah ke luar.

iii) Sebab dan Akibat
-jika sebelum ini pelajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswa ini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial antara mereka.

No comments:

Post a Comment