Friday, October 15, 2010

Di Sisi Rinda

Teknik Menulis Ulasan Filem

Plot
Plot filem ini adalah berturutan atau mengikut kronologi. Di samping itu, urutan peristiwa ini disisip dengan peristawa yang terjadi sebelumnya dengan menggungkan teknik imbas kembali atau flashback.

Permulaan filem mini tertumpu kepada watak Jumari Jipan yang teringat kembali kisahnya semasa berkhidmat bawah pimpinan Kapten Dowson. Filem mini terus berkembang dengan penceritaan tentang penderitaan kehidupan masyarakat semasa penjajahan. Keluaga Deliah yang terdiri daripada ayah, ibu, dan kakaknya telah terkoban. Klimaks filem ini ialah ketika datuknya pula terkoban akibat peperangan. Kemudian, Deliah telah diambil menjadi cucu angkat Jumari Jipan.

Peleraiannya pula ialah apabila Deliah dan Rinda sekali lagi diselamat oleh Jumari Jipan daripada ditangkap oleh sojar Jepun. Akhirnya Deliah, Jumari Jipan, dan Rinda telah Berjaya menyelamatkan diri mereka dari ditembak oleh sojar Jepun.

Tahap Persembahan
Terdapat dua watak utama iaitu Jumari Jipan dan Deliah, manakala watak sampingan ialah Rinda dan Ripin. Ini disebabkan kesemua watak ini tidak memainkan peranan khusus dalam karya kecuali membangunkan cerita.

Jumari Jipan merupakan datuk angkat kepada Deliah. Dia telah tau dan merupakan seorang datuk angkat yang bertanggungjawab. Jumari Jipan juga mempunyai sahabat baik iaitu Ripin datuk Deliah yang dikenali sejak kecil sehingga dewasa. Beliau juga seorang askar yang dipimpin oleh orang putih iaitu Kapten Dawson. Jumari Jipan juga mempunyai sifat kasih sayang yang mendalam terhadap Deliah dan Rinda.

Deliah merupakan seorang anak perempuan yang kehilangan ayah, ibu, kakak dan datuk akibat peperangan. Dia merupakan cucu angkat kepada Jumari Jipan. Seorang kanak-kanak yang yakin diri dan suka berkhayal. Hal ini digambarkan oleh

Jumari Jipan. Deliah juga dikenali sebagai ‘Nen’ kerana dia suka berkhayal dan mempunyai seekor kucing kesayangan bernama Rinda. Deliah juga bersikap ihsan terhadap kucing.

Rinda merupakan seekor kucing kesayangan Deliah. Deliah dan Rinda adalah teman rapat dan sanggup berkongsi apa sahaja terutama makanan.

Rapin ialah datuk Deliah. Sejak kecil lagi dia telah bersahabat baik dengan Jumari Jipan sehingga dewasa.

Kapten Dawson berbangsa Inggeris dan merupakan ketua Jumari Jipan, dia amat pentingkan kebebasan orang Melayu.

No comments:

Post a Comment